About Me

My photo
Miri, Sarawak, Malaysia
Assalamualaikum semua ;) Selamat datang ke blog saya! Uolss boleh call me ‘EZA’ je.. Jika ada sebarang idea @ info yang menarik @ percutian yang best bolehlah kita share kan.. (*_*)

June 8, 2012

Kek Batik Iza Special




 

 Dah lama memang teringin nak buat kek nie, tapi almaklum jerlah.. tuhlah terajin pulak tengok resepi kat internet, terjumpa & terus terpikat nak mencuba, rasa macam sedapp & senang je pulak..Kawan-kawan boleh lah try ikut resepi saya di bawah yerk! Saje je letak nama sendiri kan..hikhik



Bahan-bahannya:



Anda semua bolehla lihat & list barang-barang yang diperlukan sebelum memasak. Disini saya sediakan gambar bahan-bahan keperluan supaya senang anda semua lihat dan paham.. mudah & senang je kan. Kesemua barang di atas saya beli di Cold Storage, Alamanda je..dekat dengan rumah saya. Ok jom mari kita mulakan ..



200 gram Biskut Marrie -  saya pilih perisa kopi, kalo nak pilih perisa lain pon takpe
biskut ni, saya patah-patahkan menjadi 4 bahagian je...

60 gram Badam yang telah dikisar - senang kan takperlu disangai

1/2 tin Susu Pekat F&N - saya pilih brand nie, kalau nak pilih brand lain pon ok je

300 gram Coklat Masakan brand Nona - kalau takde boleh digantikan dengan Milo 

3 sudu besar Buttercup

Kacang - ikut suka dikisar kasar 



Cara-cara membuatnya:

Satukan buttercup, susu pekat dan coklat masakan ke dalam periuk. Cairkan guna kaedah double boiler. Masak sehingga ke semua larut dan cair tau. Apabila sudah cair, tutup apinya yerk.

Setelah itu, masukkan bahan di atas tadi ke dalam mangkuk. Kacau balik hingga sebati. Setelah itu, masukkan biskut marie yang telah dipatahkan tadi ke dalam mangkuk. Gaul & masukkan pula, kepingan badam serta kacang yang telah dikisar tadi..Gaul kesemua bahan-bahan tersebut sehingga sebati..


                     Inilah hasilanya apabila ke semua bahan digaulkan..senang kan



Kemudian, masukkan ke semua bahan-bahan tersebut ke dalam loyang yang telah dibalut dengan aluminium foil untuk memudahkan proses mengeluarkan kek dari loyang..

Tekan adunan tersebut sehingga rata dan mampat tau sehingga tiada ruang kosong, tekan guna sudu pon boleh ajee..

Apabila semua adunan sudah mampat, taburkan sekali lagi badam dan kacang kisar tadi yerk..Lepas tu terus masukkan kek tersebut ke dalam peti ais, nampak memang menyelerakan terutama anak-anak memang tak sabar nak makan, kalo tak sabar boleh tunggu sehingga 4 jam yer


Setelah dah keras, boleh keluarkan kek tersebut daripada loyang dan potong gunakan pisau tajam yerk..

Tara...Inilah hasilnya, insyaallah anda semua boleh buat punyalah...:)) Kalau awak happe saya pon happe jugakkk..


Ini hasil daripada ke semua bahan-bahan apabila telah dimampatkan..


Kek batik nie memang sedap dimakan, ada rasa kacang, coklat .. lemak-lemak..nyum nyumm!! ... kids memang suka.. Sebarang persoalan boleh emel kepada saya yerk, jangan segan silu emel je..;))


                                          
                                              Selamat Mencuba semua...!!! ;) 
                      

3 comments:

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

mana gambaq ni kak mun?

dia kena tunjuk gambaq barula ada umphhhhhhhhh!!! hihihi

Eza said...

ina dear, khas untuk ina...ina kena cuba tau, ni akak da post gambar...hehehe menyelerakan tak..??

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

serius menyelerakan kak mun :)

akan ku cuba resipi ini sbb msk dlm peti asi je, hihihi

Coretan

Terima kasih kerana sudi melawat ke blog saya..Terima kasih juga atas komen-komen yang diberikan..Blog ni sebagai berkongsi cerita kehidupan kami sekeluarga, berkongsi resepi, berkongsi pengalaman bercuti..tiada kena mengena dengan sesiapa..

Ada cerita terbaru saya updates yerk..!