About Me

My photo
Miri, Sarawak, Malaysia
Assalamualaikum semua ;) Selamat datang ke blog saya! Uolss boleh call me ‘EZA’ je.. Jika ada sebarang idea @ info yang menarik @ percutian yang best bolehlah kita share kan.. (*_*)

June 15, 2012

Puding Trifle Special


 Puding Trifle Special..
 
 Namanye pon rasa macam da sedapkan..belum rasa lagi, nyum nyumiee..lepas tu makan sejuk-sejuk ... nikmat rasanya kan..Budak-budak mesti suka kan, apatah lagi org dewasa..jom kita try buat follow my resepi :))


Bahan-bahannya:

1 tin susu cair
3 sudu besar gula
4 sudu besar tepung kastard
1 mangkuk air sejuk (dicampur bersama tepung kastard tadi)
1 kek gulung/kek span (perisa terpulang yerk..)
1 tin fruit cocktail peach (nie pon terpulang pada citarasa anda) - sila asingkan air dan buahnya
1 tin tropical fruit cocktail - sila asingkan air dan buahnya
1 - agar-agar jeli serbuk (saya guna jeli kristal nona)
4 cawan air

Tepung Kastard - saya guna brand nie



Serbuk agar-agar Nona


Cara-cara membuatnya:

Kek Gulung/kek span
Potong kek gulung/kek span dan susun ke dalam bekas. Basahkan kek tersebut dengan menggunakan air dalam tin fruit cocktail tadi.



Potong ikut ketebalan yang anda suka..tak tebal tak nipis, sedang-sedang aje


Masak tepung kastard
Panaskan susu cair + gula tadi. Kecilkan api.
Bancuh tepung kastard bersama air sejuk (tujuan supaya ianya tidak berketul-ketul).
Kemudia masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair. Kacau sehingga kesemua bahan-bahan itu sebati. Tunggu sehingga mendidih dan menjadi pekat. Bila sudah pekat sila tutup api.

Masukkan kesemua bancuhan kastard kedalam kek yang telah disusun rapi. Kemudian masukkan pula buah tin yang telah diasingkan dan susun di atasnya.

Masak jeli
Panaskan sebanyak 4 cawan air, kemudian masukkan gula. Kacau hingga sebati. Masukkan jeli dan larutkan. Tunggu sehingga kesemua bahan mendidih.



Jeli yang telah mendidih..saya pilih warna merah

Masukkan jeli yang telah masak ke atas buah-buahan yang telah disusun tadi. Tunggu sehingga kesemuanya sejuk & masukkan ke dalam peti sejuk. Tara...inilah hasilnya ;))




Macammana nampak sedap tak..?? So bolehlah anda mencubanya di rumah yerk..Apabila sudah sejuk boleh lah dihidangkan & makan..


Selamat mencuba semua, kalau nak lagi sedap boleh la makan bersama aiskrim!


No comments:

Coretan

Terima kasih kerana sudi melawat ke blog saya..Terima kasih juga atas komen-komen yang diberikan..Blog ni sebagai berkongsi cerita kehidupan kami sekeluarga, berkongsi resepi, berkongsi pengalaman bercuti..tiada kena mengena dengan sesiapa..

Ada cerita terbaru saya updates yerk..!