About Me

My photo
Miri, Sarawak, Malaysia
Assalamualaikum semua ;) Selamat datang ke blog saya! Uolss boleh call me ‘EZA’ je.. Jika ada sebarang idea @ info yang menarik @ percutian yang best bolehlah kita share kan.. (*_*)

June 19, 2012

Balik Kota Tinggi 17.6.2012 best..

Memang seronok sangat bila dapat balik ke kampung dan berkumpul ramai-ramai bersama big family, semua kakak & abang balik juga..memang best! Kami memang planning nak balik balik sebab Mak, Abah, AbgChik family baru balik dari menunaikan Umrah. Rasa puas sangat dapat hugh abah & mak..love u! Tapi tuhlah balik kota tak dapat cuti lama..atleast dapat balik kan.. 

Sabtu (17.6.12) jam 7.00 pagi kami bergerak da nak balik kampung. Anak-anak la paling xcited pagi-pagi da bangun da. Da siap-siap kemas kami pon gerak..hubby bawa agak laju gak..ingat nak sarapan kat R&R Seremban tapi rasa macam awal sangat..so kita orang sepakat berhenti di R&R Jejantas Ayer Keroh. Sana kita orang order Nasi Lemak bersama ayam goreng & white cofe. Dalam kol 11.00 pagi kita orang tiba Tol Kulaijaya dan lalu Felda Inas (shortcut menuju ke Kota Tinggi).. Dalam perjalanan baru teringat yang keluarga saya akan menghadiri kenduri kawin di Batu Pahat..Tiba je di Felda Inas tiba-tiba myabah call, so memang kebetulan dia orang baru bergerak nak ke Batu Pahat & kita orang berjumpa selisih jalan ..heheheh (memang tak sangka)..abah pelawa kita orang ke BP tapi macam tak plan awal ..ingat taknak pergi sebab baru tiba..last-last minute saya & hubby ubah plan, dan kita orang uturn balik & follow dia irang konvoi ke Batu Pahat...memang lawak sangat yerlah kan kalo da tahu nak pergi BP sepatutnya tunggu jerlah kan kat tol ke...hehehe ini la baru jalan-jalan nie hehehe ;)) abah yang family lain memang gelak lihat gelagat kita orang. Saya lagilah gemble dengan pakai jeans lagi pergi kenduri kahwin..sori yerk, planning last minute!

Kita orang sepakat berhenti di R&R Kulaijaya..sesi bersalaman dengan mak, abah, kakak & abang semualah...hehehehe. Episod konvoi bermula..menuju ke BP. Tiba di majlis tu kita orang dijamu dengan nasi jagung bersama air oren..dalam pukul 3.00 petang kita berangkat pula menuju ke kenduri kahwin lagi..heheh kali nie destinasinya memang la teramat jauh rasanya ke Pontian. Mana taknya dengan laluan yang sempit ... ditepi parit..sesat & macam-macam halangan, tapi seronok coz my family konvoi lebih kurang 4 biji kereta. Alhamdulillah destinasi yang hendak ditujui jumpa akhirnya...tapi memang berbaloi laa..walaupun perut terus lapar lagi akibat jauh perjalanan..kenduri yang kali nie memang best coz ada pelbagai jenis air termasuklah air katira, air oren, sirap bandung...pergg memang nyaman.

Lepas solat dekat masjid berdekatan kita orang bergerak pulang..tapi xbalik KT lagi pie umah abang saya iaitu (AbgChik)di Bandar Tenggara..kita orang tumpang mandi & solat magrib. Tiba sana mykakak from Melaka pon datang juga..so bertambah lagi ahli keluarga. Dinner malam tu AbgChik saya belanje di Chinese Food 'Restoran Hassan Ong' berhadapan Bank Islam Kota Tinggi..kelass u 'toce toce'..makan ikan 3 rasa, ikan stim, tomyam, dan banyak lagilah..memang mabeles makan kat situ sedap. Saya memang suka makan ikan stim dia, xterhingga sedapnye..nyum nyumm, hubby pula suka steamboat nye..sedapp gakk

Dalam kol 10.00 malam kita orang gerak balik daaa...fuhh memang sungguh sungguh penat hari nie 1 hari berjalan non stop..penat teramat sangat..

Lepas solat semuanya, kita orang dok lepak-lepak, makan-makan kurma, makan makan kacang dari Mekah (ambil berkat), sambil tengok Euro laaa..tiba-tiba abah panggil kumpul semua, hehehe ada sesi mesyuarat family. Mc from my sister (KakUda)..sepanjang meeting tu asyik dok gelak jerlahh..Topik yang dibincangkan iaitu ganjaran untuk anak-anak Felda, alhamdulillah..tersenyum lebar. Abah & mak, we love u..muahhh! Yang bestnya bila Abah cakap, Abah da berbincang perkara ni ngan mak kat 'Mekah' wahhh!! memang kelasss kan jauh tu berbincang....

Banyak jugalah ole-ole anak-anak, menantu, cucu-cucu from Mekah air zamzam, sejadah, t-shirt, kopia, kurma, kacang, buah zaitun, kurma, sarung tangan, stokin, selendang, jubah, shawl dan banyak lah mak & abah shopping untuk kita orang... Alamak! xde foto laksss.

Mak ada beri hati unta kering dari Mekah..khasiat hati unta kering ni boleh menyembuhkan penyakit asma. First time tengok hati unta kering nie...!


Hati Unta Kering

Hari Ahad 18.6.2012 kita orang pergi melawat ke rumah Pak Ngah di Teluk Sengat. Dia orang pon baru balik dari menunaikan Umrah. Petang lepak-lepak & makan-makan pulak ke Jeti Teluk Sengat..dengan makan mee goreng & satay .. nyumie! Pemandangan senja di jeti memang cantik sangat..

Cantikkan view di jeti, Teluk Sengat Kota Tinggi 

 
Jambatan highway Desaru-Senai ...

Sepatutnya KakLong family & AbgNgah family terus balik KL, tapi semua cancel planning ubah balik KL lepas magrib. So lepas magrib dalam kol 8.30 malam baru gerak balik KL (macam dekat jer kan) hehehe..So kita orang konvoi 3 biji kereta. Tuhlah masing memang speed, hubby bawa memang laju tuhlah memang terkezut tiba KL dalam kol 12 tengah malam..alhamdulillah selamat sampai semuanya..amin.

nanti kalo ada foto saya masukkan yerk...;))


No comments:

Coretan

Terima kasih kerana sudi melawat ke blog saya..Terima kasih juga atas komen-komen yang diberikan..Blog ni sebagai berkongsi cerita kehidupan kami sekeluarga, berkongsi resepi, berkongsi pengalaman bercuti..tiada kena mengena dengan sesiapa..

Ada cerita terbaru saya updates yerk..!