About Me

My photo
Miri, Sarawak, Malaysia
Assalamualaikum semua ;) Selamat datang ke blog saya! Uolss boleh call me ‘EZA’ je.. Jika ada sebarang idea @ info yang menarik @ percutian yang best bolehlah kita share kan.. (*_*)

July 22, 2012

Ayam Masak Merah..

  

 Dah masak nasi kenalah ada lauknya kan. Menu ayam masak merah..Jom kita sediakan bahan-bahannya..


Bahan-bahannya ;

Seekor ayam (dibasuh)
Serbuk kunyit + sedikit garam
Gaul kesemuanya & goreng ayam tu hingga separuh masak, 
setelah siap ketepikan...


Bahan2 kisar ( kisar halus ):
5 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 cm halia


Bahan Kisar lain:
15 atau 20 tangkai cili kering, gunting & rebus sebentar, kemudian kisar yerk!

Bahan2 bagi hirisan pula:
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm halia ( saya ketuk je )

Bahan-bahan lain:
2sb sos cili
1sb sos tomato
100ml susu cair (kalau nak guna santan pon boleh)
2 biji tomato (dihiris)
1 kayu manis
 
Cara-cara memasak;
Panaskan kuali dulu ekk. Kemudian masukkan hirisan bawang-bawang, halia & kayu manis ke dalam kuali. Tumis ke semunya.

 Kemudian masukkan pula bahan-bahan yang dikisar pula. Kacau kesemua bahan-bahan tersebut hingga bau wangi. Kemudian masukkan pula cili kering yang telah dikisar juga tadi..kacau hingga sebati, kering & pecah minyak.
Lepas tu boleh lah masukkan sos cili & sos tomato. Kacau hingga sebati lagi.
Kemudian bolehlah masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau lagi. Setelah tu masukkan susu cair. Kacau lagi hingga pecah minyak.

Last sekali bolehlah letak sedikit garam, sedikit gula (perisa sikit) & hirisan tomato.

Ok siap semuanya..leh lah hidang!!

Selamat Mencuba ..!!



Nasi Tomato



Terhasilla Nasi Tomato ku .. !! Nampak sedap tak..??


Setelah lama gak berangan, akhirnya dapat gak memasak nasi tomato nie..suke suke! Ini pon request from myhb lahh, dia memang suka makan nasi yang guna beras basmathi nie. Dia pon menjadi chef gak tengok2kan sukatannya..dulu time di Oslo dia pernah masak juga dengan housemates dia..
Alhamdulillah, untuk hari kedua berpuasa bagi tahun 2012 kami sepakat nak masak Nasi Tomato..sumber asal dari cahayacintaku.blogspot.com, tenkiu Ana, tapi saya & hubby ada ubah-ubah cikit citarasa hihihi.. Ok jom kita start masak..!


Bahan-bahannya ;


 
4 cawan beras basmathi, saya guna brand Jasmine..
Bagi beras basmathi saya rendam beberapa minit


 
 Sukatan cawan yang saya guna..


 2 sb minyak sapi 
(saje hubby minta letak lebih..resepi asal 1 sudu je)

 1 ketul kiub ayam knorr

  
3 biji buah tomato (dipotong dadu)


3 sb buttercup
2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2cm halia (saya ketuk je)
2 kuntum bunga lawang, 2 biji buah pelaga, 1 kayu manis
1 helai daun pandai (nak letak lebih pon ok)
100 ml susu cair
3 sb sos tomato/tomato puri (nak campurkan kedua-dua pon boleh lagi sedap, kami ubah cikit try guna sos prego hehehe..)



Cara-cara memasaknya ;


  Panaskan dulu yerk periuk nasi.. 
Masukkan minyak sapi & buttercup ke dalam periuk nasi tadi, kacau hingga cair. Selepas itu masukkan hirisan bawang besar, bawang kecil, halia, bunga cengkih, kayu manis & buah pelaga. Kacau & biar hingga ia berbau wangi serta layu sikit.


 Kemudian masukkan pula buah tomato yang telah dipotong dadu beserta dengan sos tomato. Setelah itu, masukkan pula daun pandan yang telah disimpul. Kacau ke semua bahan tersebut.


Lepas tu masukkan pula susu cair. Kacau kesemua bahan tersebut dan biar seketika. Setelah itu masukkan pula kiub pati ayam pula. Kacau lagi hingga kiub ayam tersebut sebati.
Apabila kesemua bahan telah sebati & mesraaaa, bolehlah masukkan beras basmathi yang telah dibasuh & di rendam tadi. Setelah itu masukkan air ikut sukatan 1:1


Ok siap dah..tunggu nasi masak yerk!
lepas tu boleh dihias bersama dengan bawang goreng dan daun saderi..


Selamat Mencuba semua..!!

July 21, 2012

Mee Bandung Yumie..



Resepi untuk hari pertama berpuasa bagi tahun 2012 saya & hubby sepakat nak masak Mee Bandung..Mee Bandung nie femes tau kat Muar, Mee Bandung Muar..

Huyeii..! pagi-pagi kami pergi ke pasar di Presint 8, Putrajaya belilah bahan-bahan Mee Bandung nie..semangat hari pertama berpuasa ;))


Bahan-bahan kuahnya;

Bahan-bahan utama:
1 paket mee kuning
6-8 ekor udang (buang kulit, kepala udang tinggalkan badan je)
1 1/2 cawan daging (direbus dan dihiris halus, air rebusan daging saya simpan)




Bahan-bahan dikisar:

1/4 cawan udang kering (basuh & dikisar halus) 
5-6 biji lada kering (rebus & toskan) 
4 ulas bawang putih (dikisar halus)
2 ulas bawang putih (diketuk) 
3 ulas bawang merah (dikisar halus)



Bahan-bahan perisa:
  2-3 cawan air rebusan daging
1-2sb gula
1 sudu makan sos tiram 
garam secukupnya 
sedikit minyak untuk menumis



Bahan-bahan tambahan: 

2 batang sawi
3 biji telur ayam
2 ketul tauhu (kunyit + sedikit garam, gaul rata & goreng, lepas tu dihiris tauhu tersebut) 
bawang goreng sebagai hiasan & perisa
daun saderi sebagai hiasan
1/2 cawan kacang tanah (yang telah dikisar-jangan kisar terlalu halus) ini untuk pekatkan kuahnya



 Cara memasak kuah: 


 Panaskan periuk dulu kemudian masukkan sedikit minyak masak. Setelah minyak dah panas masukkan bawang putih yang diketuk dulu. Tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan pula bahan-bahan yang telah dikisar halus tadi. 

Tumis & kacau kesemua bahan tersebut. Masukkan sedikit air jika bahan-bahan tersebut kering. Kemudian masukkan pula air rebusan daging. Selepas tu, masukkan bahan perasa seperti gula, sos tiram dan garam. Lepas tu boleh letak kacang tanah yang telah dikisar tadi. Kacau kesemuanya. 
Last sekali bolehlah letakkan tauhu yang telah dihiris + sayur sawi + telur. Untuk masukkan telur biar kuah mee bandung ni betul-betul panas & masukkan ditengah2 kuah. Ambil sudu dan buat arah pusingan jam supaya telur itu membulat & cantik.


Cara-cara penyediaan mee kuning;


Basuh mee kuning dengan air bersih untuk hilangkan bau kapur.
Kemudian celur mee dengan air panas & toskan. Lepas tu, boleh hidangkannya ke dalam bekas yang disediakan beserta dengan kuahnya & hiaskan bersama bawang goreng..siap! Alhamdulillah...


Selamat Mencuba ..!


July 17, 2012

Karipap Besar Resepi Ibunda






Gara-gara rindu dengan Karipap Besar resepi ibundaku maka terhasillah my karipap besar nie..hehehehe, puas hati nie nak makan. Yang bestnye makan panas-panas, yumieee!

Jom kita start menguli karipap besar nie..jommm zasssssssssss!!


Bahan-bahan untuk doh;

Tepung Gandum 300gram
Secubit garam
Marjerin
Minyak masak
Air panas


Cara-cara buat doh;

Masukkan tepung ke dalam bekas & gaul bersama secubit garam. Sementara itu cairkan marjerin tadi. Selepas marjerin tu cair masukkan pula minyak masak. Kacau hingga sebati. Selepas itu, masukkan sedikit sedikit minyak & marjerin yang telah dicairkan tadi berselang seli dengan air panas. Gaul hingga sebati hingga menjadi doh. Biarkan doh beberapa minit.

  Oklah sementara menunggu doh serasi bersama cewahhh! kita sediakan bahan-bahan untuk membuat intinya yerk..

 
Bahan-bahan inti ;

 Daging kisar (Ini kena masak dulu yerk..!)
Bawang besar
Bawang putih
Lada hitam
Secubit garam
Telur


Cara-cara buat inti ;

Tumbuk hingga lumat yerk ke semua bawang besar,bawang putih dan lada hitam. Setelah itu pukul telur dan letak secubit garam. Gaulkan sekali kesemua bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi, kacau hingga sebati ke semuanya. Setelah itu masukkan pula, daging kisar yang telah dimasak. Kacau hingga sebati ke semuannya. 
Sementara itu hiris besar-besar bawang besar pulak yerk. Siap..!! mudah jerkan buat inti karipap besar nie.

Ok, sesi menguli doh yerk...saya buat doh sebesar pinggan makan tu, besar kan. Susun hirisan bawang besar yang telah dihiris kecil-kecil. Susun bawang besar itu di tepi doh tadi. Setelah susun bawang tu, masukkan pula bahan-bahan telur yang telah dikacau keseluruhannya tadi. Setelah tu, boleh kelim tepi karipap tu yerk..


Hasil kelim karipap besar saya..


Siap kelim, bolehlah panaskan minyak masak yerk. Goreng karipap besar nie kenalah guna minyak masak yang panas yerk.


  Siap di goreng, besar tak..??


Karipap besar yang telah dipotong empat...besar kan


Inti telur bersama daging ..


Ok, siap semuanya & selamat mencuba..!!


July 4, 2012

Karipap Keledek Ayam Comei




Semenjak menjadi peminat setia menonton MasterChef Selebriti nie la, membuatkan memasak ni hobi utamaku. Tuhlah bila part episod buat karipap pusing tu yang terlintas. 'TING' semangat nak buat gak, tapi saya buat karipap biasa je...penah gak buat karipap pusing ok gak cuma leceh sikit la.
Saya ni memang suka mencuba benda baru, apa lagi ku gagahkan jua membeli semua bahan-bahan kononnya nak buat karipap hehehe...lagi pon saje mencuba kan. Memang tak pernah buat tau, 1st time mencuba nie. Hehee tapi alhamdulillah tidak menghampakan lah.
Inti karipap nie saya buat 3 aneka rasa, rajinkan, hehehe.. hubby nak inti keledek + ayam, saya nak try kentang + ayam & for kids kentang + daging (tak pedas).

Ok jom kita start sediakan bahan-bahannya dulu;


Bahan-bahannya ;

Doh Karipap

Tepung Gandum - 300g
Marjerin - 4sb (cairkan dulu yerk, ini pon boleh)
Minyak masak - 3sb
Secubit garam
Air Panas - (air suam pon ok juga, kuantitinya boleh agak2 sendiri jangan banyak sangat)

 
Cara-caranya;

Panaskan marjerin ke dalam periuk. Setelah itu, masukkan pula minyak masak. Kacau hingga sebati, kemudian tutup apinya. Selepas itu, gaul tepung gandum bersama dengan secubit garam. Masukkan sedikit sedikit minyak & marjerin tadi serta diselang seli dengan air. Gaul hingga sebati dan menjadi doh.

 
 Doh yang telah diperapkan beberapa minit...


 Setelah menjadi doh biarkan dalam 15minit supaya doh itu betul betul sebati (serasi bersama, ecehecehhh...!) ok dah selesai sesi buat doh, jom kita buat inti pula.. ;))


Bahan-bahannya;

Inti Karipap

Keledek/Kentang (kalau nak rebus dulu pon ok juga) - potong dadu comei-comei
Ikan Bilis*
Bawang Merah + Bawang Putih*
Cili (Rebus dulu)*
Serbuk Kari (Di campur dengan air untuk dijadikan pes)
Daging Ayam (saya beli ayam yang telah siap dicincang, senang & mudah)
Garam


Cara-caranya;

Blend/tumbuk  ke semua bahan-bahan yang bertanda (*). Kemudian tumis ke semua bahan-bahan tersebut sehingga garing. Setelah itu masukkan pes kari. Kacau hingga sebati dan garing. Setelah itu masukkan pula daging ayam ke dalamnya. Kacau hingga sebati dan daging ayam hingga masak. Masukkan sedikit air supaya ayam cepat masak. Masukkan pula keledek yang telah dipotong dadu. Kacau hingga sebati dan tunggu hingga keledek empuk (masaklaaaa..) Setelah itu, padamkan api dan masukkan ke dalam bekas & sejukkan yerk..


Inti keledek bersama ayam..


Inti kentang bersama ayam pula...


Ok setelah kesemua bahan-bahan inti telah siap & doh pon dah sebati, boleh lah mulakan proses kelim dan uli karipap yerk..

Saya bahagikan kepada bebola kecil..yerlakan nak buat comei comei saya guna cawan je nak sama size.. 


Kemudian, apabila nak bulatkan bolehlah letak inti ke dalamnya. Inti pon letak jangan terlalu banyak sangat nanti tak boleh kelim kanggg..

Letak inti di tengah-tengah ...


Cantumkan tepi karipap tu, dan penyekkan ekk, memudahkan nak kelim nanti. Jangan guna barang pula nak penyekkan tu, guna jari je..


Ok baru lah bole start proses kelim karipap cinta nie...ececeehh!
comei tak kelim tu..buat slow2 jee


Hasil kelim karipap cintaku, cewahh!


 Tara...proses kelim dah siap, inilah hasilnya..


Setelah siap tu, so boleh proses menggoreng pula. Sebelum tu, panaskan minyak dulu yerk..dah panas barulah masukkan karipap tu..

Hasil gorengan ku.. ;)))


 
Nampak sedapp tak..?? Sesuai makan time sarapan atau minum petang.


Tips nak bagi karipap tahan lama;

Setelah siap kelim tu, bolehlah panaskan minyak & goreng seketika hingga warna karipap bertukar sedikit, kiranya pra masak lah nie. Lepas tu, leh simpan dalam peti sejuk. Ia bertahan lama juga tau..try lahhh ;)


 
 Ok selamat mencuba semua yerk..!!

  

July 1, 2012

Cheese Kek Blueberry


My Cheese Cake Blueberry



Ok, ko orang mesti suka kan cheese cake nie, yumie!! memang sedapp, nama pon da nampak sedapp kan... Cheese cake blueberry nie saya buat kecik-kecik je kan, untuk kids. Ko orang mesti tak sabar nak tahu bahan-bahannya kan..ok jom kita start ;)



Bahan-bahannya ;


Buttercup - 120g (terpulang pada besar mana cheese cake yang anda nak masak)
Oreo - saya guna separuh je
Cheese Philadelphia - saya guna separuh juga
Serbuk Agar-Agar - 1sb (nie pon tengok pada besar mana bekas yang anda nak buat, anggar2 yerk jangan banyak sangat takut keras)
Susu Pekat - Saya guna separuh juga
Buleberry filling
Lemon - 1sb
Air  
 
 So ko orang boleh jenguk-jenguk barang-barang kat atas nie.. 


 Susu pekat F & N ..

 
 Buttercup

Oreo - saya beli dah siap hancur da..xper nak blend kan ;)

 Cheese Philadelphia..


Cara-caranya ;


 Cairkan buttercup di dalam periuk. Selepas tu dalam bekas lain letakkan oreo yang telah hancur tu, kemudian kepal-kepalkan oreo dengan buttercup. Kemudian ratakan oreo tadi ke dalam bekas. Opps! Sebelum tu alas bekas tersebut dengan aluminium foil yerk memudahkan kek tersebut dikeluarkan. Setelah mampat simpan oreo ke dalam peti sejuk beberapa ketika.


Untuk buat cheese pulak. Ok masukkan cheese ke dalam bekas mixer. Kemudian masukkan susu pekat. Kacau hingga sebati, setelah itu masukkan pula jus lemon. Kacau hingga betul-betul sebati. 


 
 Adunan cheese + susu pekat + jus lemon


Sementara tu, panaskan air dalam periuk. Setelah masak, masukkan serbuk agar-agar tadi. Kacau hingga sebati. Setelah sebati masukkan agar-agar tersebut kedalam bahan cheese tadi. Kacau hingga sebati.


Keluarkan oreo yang telah disimpan dalam peti sejuk tadi. Kemudian, masukkan adunan cheese pula ke atas oreo. 


 
 Ratakan cheese dengan menggunakan sudu..ratakan kesemuanya


Setelah rata kesemua adunan boleh simpan ke dalam peti sejuk lagi dan tutup juga aluminium foil, supaya titisan air tidak termasuk ke dalam cake tu. Tunggu beberapa minit. Apabila cheese telah pejal bolehlah letakkan filling blueberry ke atasnya. Ok dah boleh makan..mudahkan .. ;)) 


Setelah Cheese di potong.. ;))



Selamat mencuba semua..!!
Mudah je kan tak perlu nak bakar atau kukus, hanya simpan dalam peti sejuk je ;)



Pizza Ayam Mudah




Finally my Pizza Ayam pantas siap..!! Boleh makan da.. dalam 10 minit da boleh makan bersama cili sos nyumie..memang feveret kids gakk.. Senang je nak pizza nie. Kalau nak try jom la kita tengok bahan-bahannya kat bawah;


Bahan-bahannya ;

 
 Sosej Cheese Chicken


Pizza Topping Mozzarella


Prego Sauce


 Daging Ayam Kisar (Brand Ramly) - basuh & tapis

 
Roti Pizza (siap) .. 
hehehe nak dohnya boleh juga tapi saya beli je terus senang kan..hikhik



Cara-caranya ;
 

Mula-mula potong bawang merah & bawang putih. Tumis kesemua bawang tersebut ke dalam kuali. Selepas itu masukkan daging ayam kisar yang telah dibasuh tadi ke dalam kuali. Tumis hingga masak dan berbau wangi..kemudian masukkan sedikit garam. Angkat bahan tersebut & letak di bekas bersih.


Bahan-bahan ni khas untuk mu kids .. dia orang memang suka ayam or daging saja ;)


    Potong kecil-kecil sosej ayam tadi. Setelah siap, sapukan prego sauce di atas kepingan roti pizza. Kemudian letakkan ayam yang ditumis tadi ke atas roti pizza yang telah disapu sos. Selepas itu, susun pula kepingan sosej cheese chicken. Last sekali letak pula cheese mozzarela di atasnya. Bahan-bahan ini terpulang pada citarasa anda, boleh juga letak nenas, lada ke atau apa saja..terpulang pada anda.


Setelah kesemua bahan tadi diletakkan, so boleh membakarnya di oven yerk. Saya guna api 160c je, guna api atas bawah tau..

 

Pizza Ayam mudah, cepat & sedappp, siap!! 

Selamat mencuba semua...!! ;))


Coretan

Terima kasih kerana sudi melawat ke blog saya..Terima kasih juga atas komen-komen yang diberikan..Blog ni sebagai berkongsi cerita kehidupan kami sekeluarga, berkongsi resepi, berkongsi pengalaman bercuti..tiada kena mengena dengan sesiapa..

Ada cerita terbaru saya updates yerk..!