About Me

My photo
Miri, Sarawak, Malaysia
Assalamualaikum semua ;) Selamat datang ke blog saya! Uolss boleh call me ‘EZA’ je.. Jika ada sebarang idea @ info yang menarik @ percutian yang best bolehlah kita share kan.. (*_*)

August 13, 2012

Kuih Tart Gulung Nenas


Kuih Tart Gulung..
huhuuu tercapai hajat saya nak buat sendiri kuih feveret kami sekeluarga..& menjadi, hureii..!!sumber dari resepichef.com, tenkiu ;))
Hubby & kids suke sangat..x sabar nak bawa balik kampung nak suruh mak, abah & mentua rasa hehehehe...xcited nie!

Ok jom kita try buat...

 Bahan-bahannya;

Doh tart:
Saya guna Tepung Mixe Tart Nenas (yang dah siap, saya beli di bakery)..hehehe
 
Nie antara bahan-bahan yang dipetik dari blog..

Bahan-bahan yang perlu diayak:
2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 ½ sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung susu
 
Bahan-bahan lain:
1 cawan mentega (226 gm)
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar gula

Inti Jem Nenas:
Nie pon saya beli dah siap dibakery..mudahkan!

4 biji nenas muda
2 ½ senduk gula pasir
Kulit kayu manis
Daun pandan
sedikit esen vanila
Bunga cengkih


Cara-caranya;

 Untuk dohnya;
Masukkan mentega, susu, minyak sapi, garam dan mix hingga sebati.
Kemudian masukkan kuning telur dan vanilla, dan mix lagi.
Masukkan tepung yang telah diayak sedikit sedikit. Gaul hingga sebati, saya gunakan spatula je senang kan..Gaul hingga menjadi doh yang lembut.

 Doh yang telah siap..

Kemudian letakkan doh ke dalam acuan..

Letak inti jem nenas ke atas acuan doh & boleh start gulung..

Tara..siap menggulung tart..


Inti Jem Nenas;
Parut nenas hingga halus. Jangan dibuang airnya.
Masak nenas tadi bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus. Setelah kering masukan gula, esen vanilla, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kacau tanpa henti hingga likat. Angkat dan sejukkan.
Saya bulatkan kecil2 jem nenas tu supaya senang terus letak dalam acuan..

 Setelah inti jem nenas yang telah dibulatkan ..

 Cara membakar;
Panaskan oven pada 150°C saya guna api atas bawah.
 Ambil doh tadi tekan pada acuan tart, isikan inti jem yg telah siap tadi, kemudian gulung secara pelahan, letakkan di dalam dulang membakar.
Untuk mencantikkan kuih tat, sapukan sedikit kuning telur pada bahagian atas tart.

 
 Debab-debab kan tart nenas saya buat..inti saja saya letak banyak hehehe..

 Setelah dimasukkan ke dalam bekas..telah disusun rapi nak bawa balik kampung

 
 Siap ... tart gulung nenas


Ok selamat mencuba semua..!!



 

No comments:

Coretan

Terima kasih kerana sudi melawat ke blog saya..Terima kasih juga atas komen-komen yang diberikan..Blog ni sebagai berkongsi cerita kehidupan kami sekeluarga, berkongsi resepi, berkongsi pengalaman bercuti..tiada kena mengena dengan sesiapa..

Ada cerita terbaru saya updates yerk..!