About Me

My photo
Miri, Sarawak, Malaysia
Assalamualaikum semua ;) Selamat datang ke blog saya! Uolss boleh call me ‘EZA’ je.. Jika ada sebarang idea @ info yang menarik @ percutian yang best bolehlah kita share kan.. (*_*)

April 11, 2013

Asam Pedas Ibunda




Assalamualaikum semua, hai hai...

Lama saya tak updates blog tersayanggg nie kan, bz la sikit baru je balik KL

Ok, nie nak share sikit resepi Asam Pedas Ibundaku..

Jooooommm kita try masak ;


Bahan-bahan;

Ikan
- terpulang pada anda nak banyak mana & utk berapa orang makan  
- saya suka ikan merah atau ikan tenggiri, kalo xde ikan kembung pon xpe


*Cili kering 
- ikut berapa banyak ikan anda ingin masak, tp kena banyak supaya rasa cili pedasss
- tips sediakan cili, cili hendaklah direbus terlebih dahulu
- tips supaya cili tak berapa pedas, cari cili yang kerinting yerk..


*Bawang Merah 

*Bawang Putih

*Kunyit - 2 inci

Asam Jawa


Air 
- xperlu banyak sangat, ikut kuantiti ikan yerk, takut kalo banyak air asam pedas tidak pekat...

Garam

Minyak Masak

Kisar pada bahan yang bertanda ( * )..


Ok da siap sediakan bahan=bahan jom kita start masak ehh..



Cara-cara memasak;

Mula-mula panaskan periuk dulu. Setelah periuk tadi panas, masukkan kesemua bahan-bahan yang telah dikisar tadi ke semuanya.. tumis sehingga kering & wangi. Gaul ke semua bahan tersebut. Make sure sampai garing sikit cili nya..tunggu dalam beberapa minit.
Sesudah itu, boleh lah masukkan air, diikuti dengan asam jawa & garam. Tunggu sehingga mendidih & pekat. Bila dah pekat bolehlah rasa dulu kuah nya sama ada terlebih masam ke, termasin ke..kalo termasam sangat bole tambah air lagi. Tunggu beberapa minit lagi. Tutup periuk tersebut tunggu hingga pekat kuahnya.

Suami saya memang suka asam pedas pekat-pekat..

Setelah kuahnya pekat, barulah boleh masukkan ikan merah tadi. Tutup & tunggu hinggalah mendidih dan ikan nya masak. Tapi ingat ye, ikan bila da letak tu jangan masak terlalu lama takut ikan akan pecah & x fresh dah..

Setelah ikan masak, bolehlah jika nak letak bender ke, daun kesom ke terpulang pada individu..

Bila dah siap boleh lah dihidangkan untuk yang tersayanggg...


Ok gurlss, selamat memasak yerk..kalo ada yang tak paham boleh lah tanya saya..















No comments:

Coretan

Terima kasih kerana sudi melawat ke blog saya..Terima kasih juga atas komen-komen yang diberikan..Blog ni sebagai berkongsi cerita kehidupan kami sekeluarga, berkongsi resepi, berkongsi pengalaman bercuti..tiada kena mengena dengan sesiapa..

Ada cerita terbaru saya updates yerk..!