July 21, 2012

Mee Bandung Yumie..



Resepi untuk hari pertama berpuasa bagi tahun 2012 saya & hubby sepakat nak masak Mee Bandung..Mee Bandung nie femes tau kat Muar, Mee Bandung Muar..

Huyeii..! pagi-pagi kami pergi ke pasar di Presint 8, Putrajaya belilah bahan-bahan Mee Bandung nie..semangat hari pertama berpuasa ;))


Bahan-bahan kuahnya;

Bahan-bahan utama:
1 paket mee kuning
6-8 ekor udang (buang kulit, kepala udang tinggalkan badan je)
1 1/2 cawan daging (direbus dan dihiris halus, air rebusan daging saya simpan)




Bahan-bahan dikisar:

1/4 cawan udang kering (basuh & dikisar halus) 
5-6 biji lada kering (rebus & toskan) 
4 ulas bawang putih (dikisar halus)
2 ulas bawang putih (diketuk) 
3 ulas bawang merah (dikisar halus)



Bahan-bahan perisa:
  2-3 cawan air rebusan daging
1-2sb gula
1 sudu makan sos tiram 
garam secukupnya 
sedikit minyak untuk menumis



Bahan-bahan tambahan: 

2 batang sawi
3 biji telur ayam
2 ketul tauhu (kunyit + sedikit garam, gaul rata & goreng, lepas tu dihiris tauhu tersebut) 
bawang goreng sebagai hiasan & perisa
daun saderi sebagai hiasan
1/2 cawan kacang tanah (yang telah dikisar-jangan kisar terlalu halus) ini untuk pekatkan kuahnya



 Cara memasak kuah: 


 Panaskan periuk dulu kemudian masukkan sedikit minyak masak. Setelah minyak dah panas masukkan bawang putih yang diketuk dulu. Tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan pula bahan-bahan yang telah dikisar halus tadi. 

Tumis & kacau kesemua bahan tersebut. Masukkan sedikit air jika bahan-bahan tersebut kering. Kemudian masukkan pula air rebusan daging. Selepas tu, masukkan bahan perasa seperti gula, sos tiram dan garam. Lepas tu boleh letak kacang tanah yang telah dikisar tadi. Kacau kesemuanya. 
Last sekali bolehlah letakkan tauhu yang telah dihiris + sayur sawi + telur. Untuk masukkan telur biar kuah mee bandung ni betul-betul panas & masukkan ditengah2 kuah. Ambil sudu dan buat arah pusingan jam supaya telur itu membulat & cantik.


Cara-cara penyediaan mee kuning;


Basuh mee kuning dengan air bersih untuk hilangkan bau kapur.
Kemudian celur mee dengan air panas & toskan. Lepas tu, boleh hidangkannya ke dalam bekas yang disediakan beserta dengan kuahnya & hiaskan bersama bawang goreng..siap! Alhamdulillah...


Selamat Mencuba ..!


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda semua..!! love uols lah