About Me

My photo
Miri, Sarawak, Malaysia
Assalamualaikum semua ;) Selamat datang ke blog saya! Uolss boleh call me ‘EZA’ je.. Jika ada sebarang idea @ info yang menarik @ percutian yang best bolehlah kita share kan.. (*_*)

June 15, 2012

Tips Menunjukkan Rasa Cinta Kepada Suami

Adakah anda merasakan suami anda perlukan layanan dan perhatian yang istimewa?  Terdapat beberapa perkara kecil dan asas yang boleh anda lakukan untuk menunjukkan rasa cinta anda dan membuatkannya sedar betapa istimewanya hari-hari yang anda berdua tempuh sepanjang perkahwinan anda. Antara yang boleh anda lakukan ialah:

Sentiasa Berkomunikasi Dengan Pasangan Anda

Sentiasa menelefon atau sms pasangan anda walaupun dirumah atau di pejabat. Mintalah pendapat atau nasihat daripadanya untuk kegunaan sekarang atau di masa hadapan. Ini akan menunjukkan kepadanya bahawa dirinya sememangnya pasangan anda, tempat anda mencurah kasih sayang dan juga perhatian. Pasti anda akan sentiasa berasa kebergantungan antara satu sama lain.

Sentiasa Ingat Hari Penting Pasangan & Berikan hadiah istimewa kepadanya

Buatlah kejutan dengan memberinya hadiah yang istimewa tanpa menyatakan sebarang alasan. Dapatkan edisi terkini daripada majalah atau buku yang diminatinya atau melalui internet. Menyiapkan hidangan kegemarannya sebagai hidangan makan malam istimewa bersamanya terutama pada tarikh penting pasangan anda. Anda boleh berikan hadiah istimewa sebegini tanpa perlu menggunakan wang yang banyak. Ianya sudah cukup untuk membuatkan pasangan anda merasa dirinya begitu istimewa di hati anda. Jika berjauhan hantar sms & emel kepadanya foto-foto menarik yang boleh membuatkan dirinya dihargai.

Berikan Pujian Seikhlas hati

Sudah menjadi lumrah manusia, setiap orang pasti berasa dirinya ingin dipuji dan dihargai terutama kaum wanita. Samalah jua dengan suami anda. Apabila hubungan anda bersamanya semakin berkembang, terdapat beberapa perkara asas yang biasa membuatkan anda lupa untuk melakukannya iaitu pujian. Sebagai seorang isteri yang hebat di mata suami, buatkanlah suami anda berasa dirinya begitu unik dan istimewa dengan mengiyakan apa sahaja pendapatnya dan mengatakan kepadanya bahawa semua perkara yang dilakukannya terbaik untuk dirinya dan juga diri anda. Perkara asas beginilah yang boleh anda lakukan untuk menunjukkan rasa cinta kepadanya dan terus dapat mengekalkan hubungan ini buat selamanya. Mengekalkan rasa cinta antara satu sama lain ialah suatu perkara yang amat penting dan berharga untuk setiap pasangan. Jadi, jangan segan silu untuk selalu menuturkan dan menunjukkan rasa cinta kepadanya.

Saling Mempercayai Pasangan

Kepercayaan amat penting untuk sesuatu hubungan perkahwinan. Jika anda mahu pasangan anda mempercayai anda, anda perlu percaya padanya dahulu. Namun, hendak percaya pun biarlah berasas. Anda perlu kenal hati budi pasangan anda dahulu sebelum anda mula percaya bulat – bulat pada pasangan anda. Namun, jika ada perkara yang mencurigakan, gunakan hak anda sebagai pasangan untuk mengetahui perkara sebenar. Cuba untuk berbincang dengan pasangan masing-masing secara baik & berdamai. Anda perlu menjadi pendengar setia & pemberi nasihat secara jujur dengan pasangan.


Insyaallah semoga perkahwinan kita direstui & diberkhati..Amin!


No comments:

Coretan

Terima kasih kerana sudi melawat ke blog saya..Terima kasih juga atas komen-komen yang diberikan..Blog ni sebagai berkongsi cerita kehidupan kami sekeluarga, berkongsi resepi, berkongsi pengalaman bercuti..tiada kena mengena dengan sesiapa..

Ada cerita terbaru saya updates yerk..!