About Me

My photo
Miri, Sarawak, Malaysia
Assalamualaikum semua ;) Selamat datang ke blog saya! Uolss boleh call me ‘EZA’ je.. Jika ada sebarang idea @ info yang menarik @ percutian yang best bolehlah kita share kan.. (*_*)

June 28, 2012

My New Buku Resepi

Yeay..sukanye saya bila dah dapat beli buku resepi, syuku alhamdulillah. For the first time saya membeli 4 jenis je dulu ehh, saja suka-suka as a my collection, chewahh. Saya pergi beli buku resepi nie kat MPH, Alamanda je..dokat sangat.


Ooh ye, antara buku resepi saya iaitu 'Kompilasi Hidangan Berkeju' oleh 'Noraini Zakaria'..memang menarik sangat buku resepi nie mana taknya pelbagai jenis hidangan berkeju ada seperti pasta, tat, kek, donat, biskut dan banyak lagi. Pendek kata memang tak rugilah beli buku nie, harganya pon ok ok je RM7.00.. contoh masakan saya beri ehh resepi 'pizza sosej ayam', 'makaroni bakar (nyum nyum)', 'tat keju blueberry', 'pai strawbery', 'kek keju oreo', 'mufin keju cip coklat' dan banyaklah lagi...best kan memang tak rugi tau kalau beli.



menarikkan buku resepi nie..memang buat orang terliur dahh nie..hehehe



nie antara pelbagai jenis resepi yang diberikan..sori la yerk kalo xberapa jelas, maknanya dia suruh belilah tu..hehehe


Ok, next buku iaitu 'Himpunan Resepi Biskut Pasti Jadi Pilihan Terbaik'..saja je saya beli nie kononnya prepared untuk raya nanti hehehe..lama lagi kan. tapi best juga buku nie pelbagai jenis biskut ada, penghasilannya dalam pelbagai rupa bentuk, warna dan ditambah dengan perisa serta kreativiti..buku nie harganya RM9.50. Nak tahu tak berapa jenis resepi ada..haaa, semua ada 40 jenis resepi biskut antaranya resepi 'biskut kacang asli', 'biskut moka berbadam', biskut rasberi masni' 'biskut suji' dan banyak lagi, boleh anda mencarinya nanti. Harga bagi buku ni sangat berpatutan..best kan. Buku nie juga siap beri petua lagi dari segi adunan biskut, oven, posisi untuk meletakkan loyang dan banyak lagi..



Bestkan..pelbagai jenis biskut boleh buat untuk raya..


Ok, ketiganya saya beli buku resepi 'Senangnya Memasak Ayam' dari 'Chef Hanieliza'. Buku nie pula, pelbagai masakan ayam ada diberikan. Sebanyak 23 jenis resepi masakan pilihan keluarga disediakan dengan harga RM5.50 sahaja. Dengan ilustrasi langkah demi langkah turut disediakan bagi memudahkan kita senang faham..antaranya sajian resepi buku nie iaitu resepi 'ayam percik', 'ayam gajus', 'ayam golek', 'ayam halia' dan banyak lagi yang sedap-sedap..




bestkan .. menyelerakan ;)



Langkah demi langkah ada ditunjukkan memudahkan kita masak..senangkan



Last buku resepi yang saya beli iaitu 'Kek & Biskut' dari 'Norhayani Mohd Nor'..ia juga adalah hasil daripada info 'myresepi'..Harga senaskah buku resepi nie RM 8.90. Pelbagai jenis resepi antaranya 'kek epal crumble', biscotti badam', 'florentine', 'madeleine' dan banyak lagi. 




Inilah antara new my collection buku resepi saya.. kalau anda nak dapatkan buku-buku nie ada di MPH atau mana-mana book store berdekatan. Hope anda semua dapat tips & sedikit info jika nak beli buku resepi yang menarik dan best..


Ok selamat membeli & memasak semua..


   

No comments:

Coretan

Terima kasih kerana sudi melawat ke blog saya..Terima kasih juga atas komen-komen yang diberikan..Blog ni sebagai berkongsi cerita kehidupan kami sekeluarga, berkongsi resepi, berkongsi pengalaman bercuti..tiada kena mengena dengan sesiapa..

Ada cerita terbaru saya updates yerk..!