May 14, 2011

Oslo, Norway Mei-Ogos 2011




Hubby diarahkan untuk berkhidmat keluar negara mulai Mei hingga Ogos 2011. Hati & perasaan ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu, bersyukur + sedih..bersyukur sebab dapat pergi ke negara Skandinavia manakal yang sedihnya bila kami ditinggalkan lama 3 bulan lebih..hukhuk. Bermulalah episod shopping baju sejuk almaklumlah negara tersebut terletak di kutub utara yang memang sejuk sangat. Teman hubby shopping beli barang-barang masakan kering seperti kurma, kari, asam pedas dan banyak lagi gak lahh. Selain tu, hubby belikan new laptop untuk senang kami tiga beranak skype hilangkan rindu. Almaklumlah berjauhan dan kalo nak telefon tu boleh tapi tak sama sambil bercakap dapat lihat gambar kan. Alhamdulillah dengan adanya teknologi terkini lagi canggih nie dapat kami berhubung secara mudah & senang..

Negara² Scandinavia ni terdiri daripada 4 buah negara iaitu Finland, Norway, Sweden & Denmark.. Di Oslo hubby menginap disebuah Apartment yang opis sediakan, tapi hubby duduk lonely je, opismate yang lain dah duduk satu rumah..tapi dekat je. Kebanyakkan barang dirumah hubby semuanya barangan Ikea, memang sweet sangat & cantik. Tuhlah kesian gak kat hubby coz tinggal lonely but we all alwiz skype.. Anyway line internet kat sana kira alhamdulillah ok..senang kami nak skype..! Dahlah balik keje awal dalam kol 3pm dah balik but opismate sana rajin pelawa hubby pie naik bot lahh .. berjalan-jalan lahh..so xderlah terasa boring sangat kan..

 
Ruang tamu cute kan....

 
Ruang dapur umah hubby... memang cantik kan, sweet je

 
Ruang dapur yang sangat selesa kan..


Tersusun rapi jee... rajin nye dia


Ruang tamu yang tersusun je.. hehehee


Cantik je hubby susun sudu, pisau dll tu.. nampak cute



Pengalaman berharga buat hubby iaitu berada disana semasa bulan Ramadhan. Banyak dugaan & rintangan yerlah, orang islam di sana memang boleh dikira. Dengan keadaan cuaca yang sejuk ditambah pula cabaran-cabaran lain. Sepanjang berada di Oslo banyak juga tempat-tempat menarik untuk dilawati.. seronok sangat tengok hubby post kan foto-foto menarik dan cantik-cantik. Di Oslo kos sara hidup di sana tinggi sedikit, botol mineral je lebih kurang RM10 satu botol, itu belum cost beli yang lain kan.. Mata wang sana guna krone Denmark or krone Sweeden. Nilai mata wang sana memang berlipat kali ganda ..

Norway

Salah satu tempat lawatan yang sangat cantik view ..


Hubby & opismate..


Ehemmm...


Damai je kalau tinggal sini kan


Cuaca sana sejuk...grrrrr



Denmark adalah negara Skandinavia yang terkecil, populasinya lebih padat, dan kebanyakan dari lahannya digunakan untuk pertanian. Kopenhagen, ibukota dari Denmark, adalah kota terbesar di Skandinavia.


Tak tahu laha apa nama nya nie..macam biji asam pon ada kan..




Hubby naik cruise pie Denmark...bestnyee!!!

Copenhagen, Denmark
Bergambar sebelum naik cruise..huhuuu bikin jelessss waaaaa..



Atas cruise









Hubby ada dapat tiket free pergi-balik ke Oslo. So pada mulanya hubby minta saya pergi sana..mula tu memang xcited sangat !! yerlah kan dapat tiket free, kalo beli lebih kurang kata hubby dalam ribuan RM jugala kot pergi-balik. Anak-anak terpaksalah saya hantar ke kampung yerk. So start nak isi borang ke luar negeri kononnya.. Last minute terpaksa cancel akibat daripada serangan bom yang dasyat yang berlaku pada 25 Julai 2011 dan ia mengakibatkan beberapa puluhan orang maut dan cedera. Ia dilakukan oleh seorang lelaki warga Norway yang tidak diketahui apa motif sebenarnya. Suspek menyamar dan memakai uniform polis dengan menembak sekumpulan remaja yang menghadiri kem musim panas di Pulau Utoeya dan menembak bangunan Kerajaan di Oslo, Norway.

Ketika tersebar kes serangan tersebut hanya Tuhan saja yang tahu keadaan saya ketika itu, berikutan hubby saya berada di sana. Hanya doa dan tangisan saja yang dapat dilakukan. Fikiran jadi tak tentu arah lagi apabila saya cuba menghubungi hubby tidak dapat. Setelah beberapa jam tembakan itu berlaku barulah hubby call.. rupanya kejadia itu berlaku memang tak jauh dengan tempat hubby ketika itu menunaikan Solat Jumaat.. Ya Allah syukur alhamdulillah tiada apa-apa berlaku ke atas hubby dan rakan-rakannya. Mungkin ada hikmah juga saya tidak dapat pergi ke sana..

Tibalah masanya ingin menyambut hubby pulang ke tanahair, syukur alhamdulillah. Memang saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh saya dan anak-anak. Hubby dijangka tiba raya pertama tengahari..huhuu memang dugaan betul, yerlah kebiasaannya malam raya saya dan family mesti dah tiba dikampung nak sambut malam raya bersama..petang tu saya xcited nak masak masakan kari ayam, nasi impit, sambal kacang & lodeh untuk hubby. Sedih sangat yerlah malam raya nak katanya sederet rumah saya semuanya bergelap je, hanya lampu rumah saya je yang bernyala tinggalah kami tiga beranak sedih sangat & sayu sangat, tetapi terkenangkan nak sambut kepulangan hubby dari perantauan saya gagahkan juga semangat tu..



 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda semua..!! love uols lah