Pada 1-4 Julai 2011, my office ada buat lawatan ke Hon Chi Minh, Vietnam. Pada mula asalnya saya akan pergi bersama keluarga tapi last minute kena tukar la pulak, hubby tak balik lagi dari Oslo, padahal tiket semuanya hubby da bayarkan hehehe.. tuhlakan takkan nak burn pulak rugi la pulak..jeng jeng jeng !! teringat pulak dengan my bff dari opis lama .. saya pon offer la kepada kawan-kawan yang kaki berjalan nie, hehehe alhamdulillah dua orang je yang boleh join Emy & Ayu gojes..hikhik, tenkiu yerk. Tuhlah nak dijadikan cerita lagi anak-anak saya yang tersayang terpaksa lah ditinggalkan bersama mak mentuaku di kampung.. sori sangat-sangat sayang, mama pergi kejap ehhh..
Sedikit info mengenai Bandaraya Ho Chi Minh:
Bandaraya Ho Chi Minh dahulunya dikenali sebagai Saigon. Selain jaraknya yang agak dekat dengan Malaysia iaitu kurang dari dua jam penerbangan, destinasi tersebut menawarkan pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi. Dulu, Ho Chi Minh pernah menjadi pusat utama askar Amerika Syarikat (AS) sewaktu perang Vietnam namun kini ia berubah wajah menjadi lokasi membeli-belah paling terkenal, dikenali Pasar Ben Thanh.
Pasar Ben Thanh menempatkan hampir 3,000 kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Sebut sahaja barang yang diinginkan; pakaian, aksesori wanita, kain sutera dan produk kraf tangan tradisi Vietnam pastinya diperoleh dengan mudah. Pakaian dan peralatan sukan juga didapati begitu murah. Bagi mereka yang aktif bersukan pastinya terasa rugi jika tidak memborongnya. Menariknya mengenai pasar ini, kebanyakan peniaga mahir bertutur dalam bahasa Melayu. Ucapan seperti “Selamat datang abang-abang, kakak-kakak” sudah menjadi kebiasaan buat mereka. Bangganya apabila disapa sebegitu.
Selain Pasar Ben Thanh, pasar Ben Lay juga menjadi antara pusat borong utama di Bandaraya Ho Chi Minh itu. Tiga pasar raya besar di bandar itu iaitu Plaza Diamond, Saigon Tax Trade Center dan Parkson Department Store serta pusat memborong An Dong, Binh Tay di Cho Lon menawarkan syurga membeli-belah bagi pelancong.
Kawasan metropolitannya juga yang terbesar di Indochina, didiami seramai sembilan juta penduduk. Nama Saigon masih digunakan dengan meluas dalam kalangan penduduk tempatan dan ia menjadi pusat perniagaan, kewangan, budaya dan pelancongan di Vietnam. Penduduk kat sini pelik sikit la..mana taknya mereka lebih suka menaiki motor untuk pergi bekerja atau shopping ke.. memang terlalu padat jalan raya dengan motor..
Sepanjang berada di negara bukan Islam biasanya rombongan Muslim berdepan cabaran mendapatkan makanan halal. Namun begitu, sebenarnya banyak restoran halal boleh dijumpai di sini tau, cara masakannya pon macam masakan Malaysia je.
Antara restoran yang kami pergi antaranya Restoran D’Anjung Malaysia, Restoran Muslim-Satay House dan beberapa restoran makanan halal lain menyajikan makanan tempatan Vietnam yang halal. Jadi, usah bimbang soal yerk makanan jika bertandang ke ke sini.

Bermulah episode single sekejap bercuti-cuti dengan kawan-kawan...
Hari 1 : Pagi-pagi dah bangun nak pergi airport, tenkiu emy tumpangkan i ke airport ekk. Tiba airport Ayu tak tiba lagi, call punya call da otw dahh.. sesi berkumpul semua untuk chekin.. Tiba Ho Chi Minh City Airport dalam tengahari, takderlah lama sangat perjalanan dalam masa 2 jam naik AA.
Welcome to Ho Chi Minh, Vietnam
Me wif 1 beg only .. depart Ho Chi Minh City Airport
Inilah kenderaan kita orang untuk bersiar-siar ..
Alhamdulillah tiba di Ho Chi Minh City Airport kami disambut oleh Mr Chef Wan (coz muka brother memang macam Chef Wan tau..). Kami semua menaiki bas untuk bersia-siar ke Ho Chi Minh. Pemandu pelancong tu memang teramat peramah orangnya dan suka berlawak..hehehe. Kami semua terus di bawa untuk makan tengahari, ok gak makan kat sini macam masakan kat Malaysia. Ada kari, sayur goreng dan macam-macam. Selepas tu kami terus dibawa ke hotel untuk chekin. Kami menginap di Lan Lan Hotel sangat dekat dengan Pasar Ben Than. Pasar nie syurga jualan kain terutama kain cotton. Malamnya ada nite market kat area situ juga...wahhh!! memang langkah panjang la kami dibuatnya.. Selepas itu kami melawat ke masjid terbesar di Vietnam, Masjid Dong Du.
Hari 2 : Setelah breakfast kami dibawa ke tempat bersejarah yang menarik iaitu di Terowong Cu Chi (Cu Chi Tunnel), kompleks terowong bawah tanah tinggalan zaman perang. Terowong sepanjang 200 kilometer itu adalah laluan persembunyian yang dibina tentera Vietkong ketika menentang AS. Saya tak berani nak masuk ke dalam terowong tu..hehee ramai gak kawan-kawan yang lain masuk.
Sepanjang berada di situ, kami boleh mengetahui sejarah askar gerila Vietnam ketika zaman peperangan pada 1968. Tempat tersebut antara paling digeruni tentera AS kerana banyak jerangkap samar di seluruh kawasan. Ramai tentera AS yang terkorban kerana terkena jerangkap samar itu sehingga membolehkan Vietnam menang dalam peperangan pada 1975. Terowong bawah tanah ini juga dinamakan sebagai lubang tikus.
Bagi pencinta sejarah, Notre Dame Cathedral, Pejabat Pos Saigon, Muzium Perang (War Remnants Museum) dan Dewan Bandar boleh dijadikan lokasi tambahan untuk dikunjungi bagi menambahkan ilmu pengetahuan yerk.. bestkan banyak tahu sedikit sebanyak sejarah di Vietnam..

Antara lubang persembunyian tentera Vietnam, muat-muat badan je
Antara makanan utama tentera-tentera Vietnam emping beras ..
Jerat ..
Hari 3 : Hari nie perjalanan kami mengambil masa yang lama iaitu lebih kurang 2 jam lebih untuk menuju ke Sungai Saigon. Sungai Saigon nie terletak berdekatan dengan Delta Sungai Mekong. Lawatan ke My Tho City dan Mekong Delta menawarkan pengalaman mengujakan. Hampir dua jam lebih menyusuri Mekong Delta, mereka singgah ke sebuah perkampungan dan melihat proses pembuatan candy kelapa, minum teh dan madu serta menikmati buah-buahan.
Pekerja sibuk membuat Candy Kelapa..sedapp gak
Saya menaiki sampai menyusuri Sungai Saigon...Kami semua kena pakai topi tu, hikhik
Sampan yang membawa kami menyusuri sungai Saigon
Ada persembahan nyanyian oleh gadis-gadis Vietnam nie, sambil kami makan buah-buahan
Pemandangan dari jeti nak ke seberang..
Selepas seharian penat menyusuri sungai saigon, kami pon balik ke hotel..aktiviti petang hingga ke malam (bebas)...time la paling best..best untuk shopping time, yippie. Lepas hilangkan penat sebentar kami bertiga apa lagi terus menuju ke ke Pasar Ben Than apa lagi kan shopping time..memang syurga kain untuk wanita..semua cantik-cantik tau. Banyak gak kami bertiga shopping baju kain cotton. Saya banyak beli kain pasang cotton adalah dalam sepuluh pasang kot, untuk my family laa..saya beli lah juga baju cotton yang da siap kira murahlah semua tu..baju dah siap dalam $20 dolar. Puas hatilahh tapi yang sedehnye beg macam da overload laaa...hehehe terpaksalah kami bertiga agih-agihkan baju & semua barang-barang. Time beli memang tak ingat bila da tiba hotel..huhuuu.
Berikut antara gambar-gambar yang mencuit hati saya...!!!

Alamak jam da menunjukkan pukul 6pm, sana pukul time macam nie da gelap..kami balik dengan tergesa-gesa. Lepas solat dan dinner kami bertiga keluar lagi..memang nak menghabiskan duit-duit balance Yen & Dolar yang masih ada..kami pergi ke Nite Market kawasan pasar tu juga.. Disini kami fokus kepada barang hiasan rumah..cantik-cantik juga tau...hehehe.. kami dok menawar & shopping sampai tengahmalam laaa..esok da nak balik Malaysia daaa...
Hari 4 : Bye bye Ho Chi Minh..insyaallah panjang umur, murah rezeki kami datang lagi yerkk.. pagi-pagi da berangkat menuju ke airport.
Inilah hasilnya daripada barang shopping kami..hehehe dah overload tu
Berikut antara gambar-gambar yang mencuit hati saya...!!!
Nampak tak, terlalu banyak sangat kenderaan motokar di tepi bas kami..
Antara salah satu hotel di sini, pelik kan ianya seperti kotak kecil meninggi ke atas..
Hehehe...lihat gambar di atas, ditepi jalan raya pon dia orang boleh menjual topi keledar.. nampak tak cute juga kan topi keledar tu..
Hehehe..yang ni memang tak boleh diterima, mana taknye wayar kabel elektrik berserabut macam tu.. mengerikan kan... ishhkkk macamlah dia orang nak repair incase kalo ada kerosakkan ke?? Buatlah 5S ke kan..hikhik
Nama salah satu bank di Vietnam... VietinBank
Sesungguhnya, kepulangan bersama ratusan gambar di Bandaraya Ho Chi Minh, akan dikenang sampai bila-bila.. banyak tempat menarik untuk dilawati & syurga shopping hehehe...
Sedikit gambar-gambar bersama kawan-kawan ketika di sana.. sebagai memori terindah thanks semua..
Kepada rakan-rakan yang memang suka sangat bershopping kain cotton Ho Chi Minh memang sesuai untuk anda pergi. Memang puas hati shopping kat sini tau, dengan orangnya yang ramah, harga pon berpatutan, makanan pon senang nak dapat yang berstatus halal.. selain tu banyak juga tempat menarik untuk dilawati termasuk tempat bersejarah... Oklah memang berbaloi pergi sini tau...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda semua..!! love uols lah