About Me

My photo
Miri, Sarawak, Malaysia
Assalamualaikum semua ;) Selamat datang ke blog saya! Uolss boleh call me ‘EZA’ je.. Jika ada sebarang idea @ info yang menarik @ percutian yang best bolehlah kita share kan.. (*_*)

August 11, 2012

Biskut Coklat Chip



Alhamdulillah tercapai hajat nak buat biskut raya sendiri..Tahun 2012 ni memang da niat nak buat biskut raya sendiri..yeahhh ;) Nie biskut feveret kids, orang tua pon suke kann..lagi2 kalau banyak coklat chipnya...wahhh makan takdan nak tunggu raya nie..
niat tahun nie nak buat 11 balang..hahaa! banyakkan...tahun nie kita orang sepakat adik beradik nak buat Sistem Barter..hehehe itu yang buat banyak tu, almaklum adik beradiku ramai 7 orang...


 sempat ambik gambar yg 8 balang je hehehe..


Sumber resepi dari sitidelima.com~tenkiu cuma saya ada olah-olah sikit


Jom kita lihat resepinya..


Bahan-bahannya;

~Bahan yang perlu diayak~
2 1/4 cawan tepung gandum - saya guna tepung rose
3 sudu kecil serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
2 sudu besar susu tepung
Secubit garam

~Bahan tambahan lain~

   250 gm mentega - suhu bilik


150 gm gula kastor - saya tambah kepada 190gm (maniskan cikit)
 
1/2 sudu kecil asen vanilla
1 biji kuning telur
1 cawan coklat chip - boleh tambah atau
kurangkan mengikut citarasa
100 gm sebarang kekacang - saya guna almond yang dah hancur (perlu sangai dulu)
50 gm kismis hitam - dibelah dua - saya tak guna


Cara-caranya;


Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang. Selepas tu, masukkan kuning telur dan kacau hingga kembang.

 Inilah hasil selepas dan siap adunan .. nampak gebu tau

Selepas tu masukkan bahan-bahan yang diayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan yerk, senang sikit...Lepas tu masukkan coklat chip dan cincangan kacang/almond tadi dan kacau hingga rata lagi.

Seterusnya, sesi membakar bolehlah sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang diglis mentega atau dialas dengan kertas minyak, saya alas kertas minyak je. Saya uli doh menjadi bebolah kecil dengan menggunakan tanya dan lepas tu saya tekan dengan menggunakan garfu, senangkan. Lepas tu bolehlah susun di atas dulang pembakar.
 
PERHATIAN : Jarakkan adunan ini anggaran 1 inci sebab bila proses pembakaran adunan akan mengembang dan leper. Bakar pada suhu 150'C selama 10-15 minit ia bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan atau oven anda semua.. Sebelum nak masukkan biskut ke dalam balang saya sejukkan dulu biskut dalam tray dalam 5 minit.


Selamat Mencuba semua..& Selamat Hari Raya..!


No comments:

Coretan

Terima kasih kerana sudi melawat ke blog saya..Terima kasih juga atas komen-komen yang diberikan..Blog ni sebagai berkongsi cerita kehidupan kami sekeluarga, berkongsi resepi, berkongsi pengalaman bercuti..tiada kena mengena dengan sesiapa..

Ada cerita terbaru saya updates yerk..!