January 4, 2012

Percutian ke Brunei 4-6-Jan 2012




 
 Awal tahun 2012 Holiday ke Brunei & Miri, Sarawak..


Hari 1 : Flight ke Miri lebih kurang dalam pukul 7pm lebih. Saya & anak2 pergi ke airport naik cap je..huhuu memang dugaan bila tiba airport, yerlah kan selalunya hubby ada ni kita sorang-sorang handle dengan anak-anak dengan beg..menguji kesabaran ;) Alhamdulillah anak-anak tak meragam. Tapi tuhlah nasib baik lahh.. flight time tu da bergerak tapi u-turn balik kita orang pon terpinga-pingan, rupanya 2 enjen pesawat mengalami kerosakan teknikal, lagi satu cabaran saya & anak-anak. Terpaksalah kami semua tukar pesawat lain. Alhamdulillah saya bertemu dengan pramugari yang sangat baik hati melayan kerenah anak-anak..hehehe ;) Terlupa pulak nak tanya namanya..dia cukup suka sangat dengan Farish ..dok asyik melayan dari awal hingga tiba Miri.."akak takpelah akak tidur & rehat biar saya layan anak-anak akak yerk" .. lega rasanya..amin




                            Sempat lagi tu pramugari tu bergambar dengan Farish...! 

Kami tiba Miri lewat seperti yang dijangka, tapi hubby menjadi penunggu setia di airport Miri.. Xcited anak-anak nak jumpe baba .. Alhamdulillah kami selamat tiba dan hubby da menunggu kami.. kami terus menuju ke Hotel ..

Hari 2 : Hari ni, hubby bawa kami berjalan-jalan ke Brunei Darul Salam .. best best .. Semasa perjalanan ke sana memang biasa je..tapi tuhlah yang peliknya minyak pon ada terdapat di darat..memang banyak kan minyak di Brunei.

Welcome to the Brunei Darussalam..

Kami sepakat nak pie melawat ke Kampung Ayer. Perjalanan kami dengan naik bot. Kami sekeluarga kena charge $50 dolar Brunei, satu bot. Kami pon terus berjalan-jalan menuju ke Kampung Ayer. Pelik tapi benar, terdapat satu perkampungan di atas air..semua kemudahan asas ada termasuklah Sekolah, Balai Polis, Balai Bomba, Klinik Kesihatan dan Surau..semuanya di atas air. Kenderaan mereka semua naik bot..pergi sekolah pon naik bot. Sejarah sedikit Kampung Ayer nie.. Kampong Ayer terletak di ibu kota Bandar Seri Begawan di atas kawasan perairan Brunei. Kampung Ayer ini terdiri daripada perkampungan kecil yang di hubungkan bersama oleh 29,140 meter kaki jambatan, termasuk  lebih dari 4200 struktur rumah, masjid, restoran, kedai, sekolah dan klinik.

Keunikan budaya penduduk Kampong Ayer diwarisi sejak turun temurun bongkar kisah dongeng, jadi tarikan pelancong. Apabila kami menyusuri Sungai Brunei kami melihat deretan rumah papan di Kampong Ayer, rupanya ini adalah aktiviti wajib bagi pelancong kerana kunjungan ke negara terkenal dengan hasil minyak dikira tidak lengkap jika tidak melawat kampung itu. Sebagai tarikan pelancong, Kampong Air yang menempatkan kita-kira 42 perkampungan dengan jumlah penduduk 20,000 adalah sebahagian daripada sejarah Brunei yang diwarisi sejak turun temurun.

Sedikit info sejarah Brunei, kewujudan Kampong Ayer dikatakan bermula pada zaman pemerintahan Sultan Brunei pertama, Awang Alak Betatar. Kampong Ayer mulanya terletak di tepi sungai berhadapan Kota Batu, lokasi istana dan kediaman pembesar negara. Kemudian kawasan Kampong Ayer berpindah dari muara sungai ke dalam Sungai Brunei yang ada sekarang iaitu berhadapan Pelabuhan Jambatan Kastam ketika di bawah pemerintahan Sultan Brunei ke-6, Sultan Abdul Kahar, yang memerintah dari 1524 hingga 1530.

Perkembangan semasa serta perubahan yang berlaku turut memberi tempias kepada Kampong Ayer, rumah dulunya diperbuat daripada tiang kayu kini ditukar tiang konkrit dan bagi berkemampuan, rekaan dalam rumah boleh menyebabkan rasa tidak percaya ia terletak di Kampong Ayer.



Antara salah satu rumah penduduk di Kampung Ayer..

Jeti menaiki bot untuk ke Kampung Ayer

Guna tiang konkrit..

Rumah di kawasan Kampung Ayer

Selain Kampong Ayer yang menjadi destinasi kemestian pelancong, Sungai Brunei menyimpan banyak kisah sejarah, mitos dan legenda yang membentuk ketamadunan orang Brunei dan menjadi cerita menarik untuk dikongsi. Contohnya, kisah Jong Batu yang ditemui di Sungai Brunei, terletak ke arah barat Istana Nurul Iman adalah mitos mengenai anak derhaka yang tidak asing kepada masyarakat Melayu di Malaysia dan rakyat Indonesia.
Inilah Jong Batu..

Kami sempat bergambar di atas bot lagi untuk kenangan terindah bersama family..

Kami dibawa bersiar-siar ke tempat lain .. pie tengok Istana Brunei dan Makam Kerabat Sultan Brunei .. lalu kat tepi-tepi sungai tu je .. Istana Brunei nie memang besar sangat, kagum sangat. Nampak tak kubah tu.. Itu kubah bersalut emas tau..memang kekayaan yang diluar jangka kan ..Jangan tak percaya tau, terdapat beratus-ratus kereta Sultan di basement Istana tu..bilik pon beratus-ratus, separuh untuk staff.  1 biji kereta, ada 1 pekerja yang akan jaga..

Inilah Istana Sultan Brunei Darussalam...

Destinasi seterusnya lalu lagi ke Kampung Ayer tadi .. Masa lalu tu saya nampak ada pembinaan rumah teres juga tau atas air, rasanya macam nak buat taman perumahan kot..wahh! memang prihatin Sultan Brunei nie kan..ingin memajukan lagi Kampung Ayer nie.. 1 jam perjalanan menaiki bot memang menyeronokkan terutama anak-anak.. tapi sakit-sakit pinggan nie ...hehehe

Selepas tu kami menuju ke Bandar Seri Begawan Brunei Darussalam terus menuju ke Masjid Jame' Asri Hassanal Bolkiah. Alhamdulillah sempat juga kami sekeluarga bersolat. Masuk je, sejuk je rasa .. memang cantik sangat ukiran di dalam masjid, tapi tidak dibenarkan mengambil gambar. So saya sempat ambil di luar jer lah yerk.. Sedikit ringkasan sejarah mengenai Masjid Jame’ Asri Hassanal Bolkiah. Ia telah di bina bersempena dengan ulangtahun pemerintahan Sultan Brunei yang ke-25. Masjid ini terletak berhampiran ibu negara Brunei, Bandar Seri Begawan. Ia satu tempat ibadat dan menunjukkan karya agung seni bina Islam. Kubahnya di perbuat daripada emas dan lanskapnya dihiasi dengan taman dan pancuran. Menara terhias juga boleh dilihat dari jalan-jalan raya utama. Interiornya yang menggabungkan kedalaman seni dan pentingnya agama Islam.


                              Kubahnye juga dibina daripada emas .. cantikkan

Farish posing depan Masjid... nie keta hubby plat Brunei...

Farish pose lagi, depan tangga masjid..

Setelah beberapa jam berada di luar negara..hehehe macam jauh je kan, kami pon balik ke Miri, hubby terus ajak kami makan di Muara Sungai Miri. Pada mulanya hubby tanya saya nak makan apa..saya pon jawablah nak makan nasi, sini kata hubby nasi berlauk tu tak der dia kena order satu set. Oklah saya ikut jerlah kata hubby nak lauk apa..semualah, jeng jeng jeng nama makanan disini 'Lalapan'..banyak laukanya ada lalapan ayam dan lalapan ikan. Saya pon minta lalapan ikan bawal & kids lalapan ayam..dalam satu talam tu semua ada termasukkan sambal belacan, ulaman..memang unik sangat, first time jumpa nie..Ermm, memang sedapp la nyum nyum...


Inilah Lalapan Ikan Bawal..ada sambal belacan, ualaman, tahu goreng, tempe goreng,timun


Ini pula lalapan ayam goreng, makan bersama nasi..for kids tiada sambal belacan


Hari 3 : Hari nie sedih because petang saya dan anak-anak akan berangkat pulang ke Putrajaya..sekejap je kan, jadilah merasa pergi ke tempat orang kan.. Selepas breakfast hubby ajak kami ronda-ronda di bandar Miri, Sarawak.. kami pie melawat ke Palm Oil Lady.. dan pie tepi pantai Miri..

Kepada sesiapa nak melancong ke Brunei best gakkk ... !! banyak tempat lagi sebenarnya nak pergi .. tapi tak berkesempatan .. :)) dan kepada rakan-rakan yang nak pergi ke Miri, jangan lupa singgah di Muara sungai Miri ..try makan "Lalapan" .. memang sedapp terbaik..:)

5 comments:

  1. welcome to the club kak mun..

    yna teruja kak mun da ada blog so bole la kita bercerita disini :)

    25-28hb 6 im going to sabah too :)

    cant wait that day coz its too long m never going there, hihihi

    ReplyDelete
  2. hikhik....malu lah rasanya, org dah lama buat blog akak ni baru je nak menceburkan diri..anyway tenkiu dear!

    wahh...pie ngn sapa na..?? bestnye jangan lupa upload banyak2 foto ekk...

    ReplyDelete
  3. ofis punyer kak mun :)

    nanti yna beli souvenier utk kak mun erk? hihihi

    kita x dpt selalu jumpa, tp kita blh komen2 kat blog..

    taula jugak cerita kwn2 kan? hihihi

    ReplyDelete
  4. Anda dan keluarga bercuti di Miri ? Kami dar HRB Car Rental Miri menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Miri dengan harga yang berpatutan . Sewa untuk kegunaan Miri-Brunei boleh di atur
    Hubungi kami di 019 233 6923 / 013 883 6923 untuk mendapat harga yang terbaik di pasaran!
    www.hrbcarrental.com

    ReplyDelete
  5. Anda, keluarga dan kawan-kawan ingin bercuti di Miri?
    Kami dari HRB Car Rental Miri menyediakan perkhidmatan kereta sewa dengan harga yang berpatutan. Sewa untuk kegunaan Miri-Brunei boleh diatur

    Hubungi kami di 019 233 6923 / 013 883 6923 untuk mendapatkan harga dan servis kereta sewa yang terbaik di pasaran !
    www.keretasewamiri.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda semua..!! love uols lah