October 12, 2011

Trip Kota Kinabalu,Sabah (5-8 Okt 2011)

Holiday wif big family...yeah terbaiklah Sabah.. :))


Farish pose before flight .. comei x saya??!


Pada 5-8 Okt 2011, kami sekeluarga telah pergi ke bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 30 orang yang terdiri daripada keluarga terdekat join trip holiday ini. Seronok sangat bila kita dapat bercuti bersama-sama keluarga tersayang..! Banyak kenangan indah semasa bercuti ke KK nie..Percutian ini melalui Pakej Travel Agensi SMR Holidays Sdn Bhd. Pakej 3 nights’ accommodation, 3 breakfast, 1BBQ + 2 lunch and 3 dinners, tour as stated and main entrance feesccommodation..Now mari kita lihat apa aktiviti sepanjang berada di KK..

 


 Ameer, Farish & cousins ..



Hari 1 : Tiba airport KK pukul 1.30pm kami terus menaiki bas yang telah disediakan..selepas makan terus menuju ke Filipino Market..apelagi! shopping time la..Shopping at shop Jamilah oh Jamilah wif pearl & kristal. Memang shopping tak hingat bila tengok terlalu banyak sangat pearl & kristal yang cantik-cantik, murah-murah.. Cuba tengok foto kristal yang tergantung kat bawah tu, memang geremm! kan ...


            Me, Ayees, MakmentuaKu, Nash, KakAni & Ira...after shopping kristal & peal..hikhik


                                 Gerem kan..!! tengok pelbagai design kristal & peal ..



                                     Ole-ole untuk family & kawan-kawan....

 
Hari 2 : Pagi-pagi dah bangun, after breakfast terus menuju ke Jeselton Point Jetty. Kami nak pi menuju ke Pulau Sapi, yeayyy... Untuk menuju ke sana kami sekeluarga terpaksa menaiki speed biat dengan mengharungi ombak yang kuat..takut juga, fuhhh! Setiba di Pulau Sapi kami di sambut dengan menu BBQ for lunch, apalagi perut tu memang dah lapar , so makan la terus, best best! Lepas makan anak-anak nampak laut terus je nak mandi..saya tak mandi, malas laa hehehe..


Ok, naik bot ke Pulau Sapi..
 

Banyak juga aktiviti di Pulau Sapi nie antaranya snorkeling, naik banana boat yang boleh terbalik tu dan macam-nacam lagi lahh..Hubby ajak pi naik Banana boat, grrr tak mahu lah saya. Untuk naik Banana boat, kena naik speed bot dulu untuk menuju ke tengah laut sikit..best best, tengok dari jauh jerlah..saya tak berani.. grrr. Biras & anak buahnya naik


Jeselton Point Jetty

 
 Ok semua da sedia ke island

 
 Cantikkan ... ;)
 

Yeay...dah tiba Pulau Sapi, memang cantik sangat laut, pasir..rasa damai je


Keadaan air laut yang bersih & jernih boleh nampak ikan berenang-renang, sungguh besar kuasa Tuhan, amin..


 Adik tengok fish ke..?? ngan kakak Ain


My love..


Sempat saya berposing ngan orang Jepun, dia nak buat kenangan katanya..hikhik
me wif mak mentuaku..


Malam kita orang dinner di Kampung Nelayan Seafood Restaurant.. Sambil makan sambil lihat show tarian pelbagai kaum di Sabah.. seronok gakk..!! Lepas makan bawa kids tengok ikan, ketam, udang yang di letakkan di tepi restaurant tersebut.. Ada tu ternampak soft shell crab ..heheh, memang lembut ..


Ameer nak makan per tu..??

Persembahan dari penari-penari restoran

Soft Shell Crab


 Farish da pening pala ke..??

 
                             Ameer takut nak touch .. so dari jauh jerlah..hikhik


Hari 3 : Early morning after bekfas kita orang bergerak ke Kundasang melawat ke Gunung Kinabalu..heheh, tak naik pon kat bawah je..Perjalanan mengambil masa 2 jam..lama gak, cuaca kat Kundasang memang sejuk. Sepanjang perjalanan ke Kundasang, kelihatan dari bas kami, Gunung Kinabalu yang tersergam indah dan gagah perkasa. Kami pun tiba di Taman Botani Kundasang. Di sini, Gunung Kinabalu amat jelas sekali. Kami mengambil kesempatan untuk mengambil gambar serta menikmati kesejukan dan kebersihan udara di sini. Ada juga yang sempat membeli ole-ole di sini.


Ameer & Nashh..


Farish nak pose juga lah mama..!

Wahhh... banyaknye shopping tu

Ole-ole ..

Selepas lebih kurang 30 minit di sini, kami pun bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Ranau untuk melihat pusat refleksologi ikan di Sg. Moroli, Kg. Luanti Baru. Kami telah dijemput untuk mendengar prebiu ringkas oleh pengurus pusat ini iaitu En. Jeffrey, yang menjelaskan sistem 'Tagal' pemulihan dan pembersihan sungai yang digunapakai serta kaedah refloksologi ikan di sini. Kami diberi masa berendam selama 15 minit saja, mula-mula tu macam geli je.. bila da try hehehe.. ok la but still geli gak. Pengalaman baru ..








                        Farish tengok dari jauh je...adek takutla mama ..hikhik


Selepas tu kita orang pergi ke Kolam Air Panas, Poring Ranau. Perjalanan ke sana memang menyerokkan dengan suasana sejuk.. Pintu masuknya ada tangga simen yang turun kebawah dan akan menempuhi jambatan gantung melintasi jeram. Tapi rasanya jeram tu tak boleh mandi, tak tahulah kenapa tak boleh mandi.. tapi memang cantik...


                          Cantikkan view air terjun ni..nyaman & sejuk je rasa.. 


Lepas tu kita akan melalui kawasan yang berladskap yang agak cantik sebelum kita sampai ke kolam-kolam utama Poring. Disana kita akan boleh pilih kolam yang kecil atau besar untuk kita berendam. Ada kolam yang besar untuk berenang, tempat berendam, dan tempat merendam kaki sahaja. Kolam-kolamnya mempunyai 2 pili yang boleh dikawal iaitu air untuk sejuk dan panas.



Farish, Cik Ani & Kakak Ira .. sedang santai sambil rendam kaki, huhuu hilang penat & sakit kaki berjalan yerk!. 



                                             Huhuu...dua-dua nak monkey toys nie, ...

 
 Posing wif big family..



Perjalanan nak balik hotel.. semua keletihan Ameer & 
baba pose sambil tidur yerk! .. hehe


Tiba di Hotel, kami ingat nak tak ada aktiviti lagi rupanya hehehe..shopping again! Kali nie memang shopping & wrapping untuk di bawa ke Putrajaya..hehehe. Apa lagi shopping ke Pasar Filipina la shopping ikan bilis, udang kering, ikan kering, kuih cincin dan banyak lagilah..Kawan hubby ada kirim gakk..saya beli untuk family & untuk sendiri.


Inilah kuih cincin Sabah, memang famous tau..

Saya & hubby pilih kedai yang kedua tepi dari kiri..brother tu kira oklah juga boleh nego harga murah punya...


 Pack semua ikan bilis, udang kering dan banyak lagi..


 Alooo...hi saya Ameer ensem, baba sibuk shopping tu..




Aktiviti malam kami pie ke Nite Market area KK..sambung shopping lagi hehehee..


Nampak tak nama Restoran tu 'Najib'.. hehehe nama my hubby la ;))




Hari 4 : Pagi-pagi lagi dah kena bangun ... after breakfast time for nak balik KL da. Flight kol 10 pagi. Before nak naik bas tu sempat gak berposing u..hehehe

 
 My loving ..


Farish wif cousin..before pulang ke Putrajaya




Tiba di airport tengahari dalam kol 12pm lebih. Tuhlah tiba di airport kami anak beranak lunch di KFC. Biasalah kids turun-turun nampak KFC terus nak. Sementara tunggu yang lain kami makan dulu. After makan semua tibalah hubby ambik kereta dan mula beredar. Tuhlah mungkin dah penat kot kaki nie dalam perjalanan nak menuju ke kereta tiba-tiba kaki saya terseliuh ..aduhh..!! memang sakit sangat sampai hubby tolong papahkan ke kereta. Ingat macam terseliuh biasa je rupanya memang bengkak sangat..saya dapatlah MC 3 hari..hehehe bolehlah merehatkan diri di rumahhh...;))
 

 
 


Kepada sesiapa yang ingin melancong bersama keluarga, bawalah mereka ke Sabah..banyak tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi..memang best & berpuas hati..Nie pon rasa macam nak pergi lagi jeee... Insyaallah

                             

                                           Selamat bercuti-cuti semua...!!!