About Me

My photo
Miri, Sarawak, Malaysia
Assalamualaikum semua ;) Selamat datang ke blog saya! Uolss boleh call me ‘EZA’ je.. Jika ada sebarang idea @ info yang menarik @ percutian yang best bolehlah kita share kan.. (*_*)

April 10, 2011

F1 Sepang 8-10 April 2011


 
 
Finally, yes yes dapat juga pergi tonton live F1 Malaysia Grand Prix di Sepang, tenkiu hubby. Satu pengalaman yang xdapat dilupakan. Memang best sangat! Kita duduk kat Grandstand, memang strategi la boleh pergi ke kanan & ke kiri. Panasnya tidak perlu diperkatakanlah yerlah kan startnya tengahari..pagi sesi latihan kereta biasa..

 Tiket parking kami...hehehe da terkoyak pulakk!


First masuk je da kena check beg. Yerlah dia orng x bagi bawa air ke dalam. Kalau nak kenalah beli air dengan harga yang berlipat kali gandanya.. ;)  

Sepang circuit..
 
 Ferrari shop
 
 Suasana di Sepang pelbagai bangsa semua ada..


Kita tiba agak awal la sebab nak cari parking senang xperlu nak jem teruk, tiket tu memang sekali dengan parking.. Kita orang tiba dalam kol 11.00 pagi lebih la tak ramai orang lagi, pagi tu ada sesi lumba juga but kereta biasa..itu pon bunyinye pon dah kuat. Bagi yang pertama kali melihat F1 seperti kami memang menakjubkan kerana bunyi deruman enjin membingitkan telinga. Oleh itu, kami beli ‘ear plug’ atau penutup telinga. Jika tidak memakai ‘ear plug’ kemungkinan telinga boleh pekak kerana bunyi deruman enjin memang membingitkan. Sebenarnya apa ‘best’ pasal Formula 1 ini adalah bunyi deruman enjin kereta F1.
 
Sesi perlumbaan bagi kereta biasa..

Perlumbaan sebenar start dalam kol 2 pm lebih lah sempat kita orang makan tengahari dan solat di Surau yang telah disediakan.  Tibalah masanya yang ditunggu-tunggu..gadis-gadis litar mula berjalan menuju ke litar.


 
 Ferrari da bersedia..

  
 My feveret team Redbull & Champion 2011 ... yes yes! 
Sebastian Vettel


Sepanjang berlansung perlumbaan memang saya & hubby memang tidak senang duduk mana taknya kejap pergi ke sebelah kejap tukar ke sebelah..hehehe nilah special duduk grandstand yang hujung nie... dan nak bercakap dengan hubby pon tak boleh kerana telinga dah ditutup dengan ‘ear plug’ memang tidak dengar apa yang diperbualkan. So masing-masing guna bahasa isyarat jerlah..hehehehe
Sempat gak tu berposing .. ;))
 
 
Hubby pon sama sempat gak berposing .. ;))

Saya & hubby da sempat tengok sampai habis pon, hubby kata oklah atleast dapat rasa tengok live kan..kita orang gerak balik dalam 4.00 petang lebih laa. Takut jem teruk nanti..hikhik ;)) mula-mula tu frust gak, hubby ajak balik awal tapi kan bila fikir-fikir kalau jem lagi lah masak kan...so we all gerak lah awal. Dengar kat radio memang jem teruk, nasib baik kan..betul kata Mr Hubby..;)) Oklah bye bye Sepang ..! Insyaallah ada rezeki kita pegi lagi yerk!..

 Bye bye...

So kalau uolss nak tengok live memang best, satu pengalaman yang menyeronokkan tau. tak sama kalau tengok kat tv..dengan macam-macam ragam manusia dari pelbagai bangsa..Jangan lupa beli ear plug tau..bunyi memang teramat bising.. anyway fun!


Coretan

Terima kasih kerana sudi melawat ke blog saya..Terima kasih juga atas komen-komen yang diberikan..Blog ni sebagai berkongsi cerita kehidupan kami sekeluarga, berkongsi resepi, berkongsi pengalaman bercuti..tiada kena mengena dengan sesiapa..

Ada cerita terbaru saya updates yerk..!